Multi grai noodle ni sangat lembut. Sesuai kalau nak bagi anak-anak u olls makan. Organik. |
Bahan-bahan
Spaghetti/pasta direbus
(cikMi guna multi grain noodle)
Campbell mushroom soup
(cikMi guna cheesy croton mushroom soup)
Sosej (potong bulat-bulat dan nipis-nipis)
Bawang
Cendawan/kulat hitam
Daun bawang
Lada hitam dan putih
Cheddar cheese/parmesan
Cara-cara mencampak
1.Tumis bawang dengan minyak yang minima.
2.masukkan sosej yang dah potong tadi dan goreng sampai garing. Garing. Bukan hangus yaaa.
3.bancuh mushroom soup (if guna yang paket) masukkan parmesan cheese yang diparut dalam mushroom soup tersebut. Kacau kacau kacau sampai sebati. 😁
4.masuk bancuhan dalam kuali yang dok tumis bawang tadi.
5.campak cendawan
6.tambah air kalau perlu. Campak lada hitam and lada putih. Nak pedas letak extra lada hitam. Campak spaghetti siap rebus masuk dalam kuali. Campak daun bawang.
JANGAN CAMPAK GARAM!! Mushroom soup dan sosej dah ada rasa masin
7. Taaaraaa. Siap Spaghetti carbonara campak-campak asal jadi
0 comments :
Post a Comment