Enjoy cooking
cikMi Masuk Dapoq.
Home » , , , » Kerabu Kaki Ayam (takdan beli kasut)

Kerabu Kaki Ayam (takdan beli kasut)

Geli kan bila beli kerabu kaki ayam kat kedai, sometime kuku ayam dok ada lagi.
Geli geleman orang utara kata.
Meh buat sendiri ja. Senang. Cepat. Suci. Bersih.



Bahan - Bahan

Kaki Ayam (8)
Soda
Cuka (semasam rasa)
Cili merah, cili padi (sepedas rasa)
Tomato (1)
Carrot (1/2)
Bawang Besar (1)
Daun Sup
Gula dan garam (secukup rasa)

Jom Campakk

1. Rebus kaki ayam bersama 3 sudu besar cuka dan sedikit soda (nak bagi putih gebu gebas)
2. Siap rebus, buang tulang pada kaki ayam. (Buang setakat boleh ja, xperlu gigih nak buang semua.)
3. Kisar/tumbuk kasar- kasar cili merah dan cili padi
4.Tomato, carrot dan bawang besar dihiris nipis-nipis, halus-halus tomato, carrot dan bawang
5. Potong daun sup sederhana kasar
6. Masukkan Cuka, Cili yang dikisar, bahan yang dipotong,kaki ayam, gula dan garam ke dalam mangkuk. gaul sebati.
7. masuk peti ais sekejap sebelum nak siap2 lauk lain. (xnak masuk pon takpa, tapi kalau masuk fridge sekejap, kurang berair sikit.)
SHARE

About armidila

0 comments :

Post a Comment