Enjoy cooking
cikMi Masuk Dapoq.
Home » , , » Resepi Shell Out

Resepi Shell Out

Ladies Night. Eat.Movie.Gossips.LOL

Sesuai sangat nak berShell Out bila gather ramai-ramai.

Senang. Mudah dan pelbagai.

Malas Cakap Banyak. Check it out recipe Shell Out Bujang Style.


Ingredients

A. Seafoods mengikut kegemaran dan budget anda
(cikMi campak ketam 3 ekoq, ikan merah 3 ketul, lala 500g, udang 500g, sotong 600g)

B. Bawang, halia, serai, udang 4-5 ekor (jangan buang kepala kulit bagai)
(Blend semua ni, kalau tak dak blender potong halus2 macam dalam gambaq bawah ni)

C. Cili boh (sepedas rasa), Sos Tiram, Rempah Kari Ikan (half paket)

D. Garam,Gula,Lada hitam dan putih,Daun Kari

E. Jagung 

Jom Campakk

Ketuk serai 2 batang dan halia besar ibu jari, masuk dalam seperiuk air dan rebus bahan A mengikut jenis dan kategori ya. Sebab?
  • Kena ikut kategori sebab lala kena rebus sampai terbuka cangkerangnya, ketam kena rebus lama sikit, udang macam celur ja, sotong pon rebus sekejap ja.
  • Kalau tak rebus dulu, sambal Shell Out akan jadi terlalu berair sebab air dari seafood tu keluar. kita xmau masak seafood tu terlalu lama jugak. nanti tak fresh.


Tumis semua bahan A, dah kekuningan, bau wangi-wangi siap, campakkan bahan C.

Dengan penuh kesabaran tunggu bahan C masak dan pecah minyak.
(sabar ya. takut sakit perut pula kalau cili boh tu x betul masak)


Bila Cili mula nak pecah minyak, masukkan Bahan D

Kemudian boleh masukkan seafoods yang direbus tadi dan gaul sekata.
(kalau  kuali kecik macam kuali cikMi, boleh sendukkan cili masuk dalam satu bekas dulu dan buat sikit2, berperingkat. Sat ja, dont worry)

Cairkan planta dan gril jagung yang direbus terlebih dahulu (rebus kejap ja) atas pemanggang ajaib. Tips : sapu sedikit susu pekat manis pada jagung before di gril.

Lapik plastik pada meja makan and tuang segala seafoods yang di masak.

Nak bagi feel restoran, bolehla main tekup lawa-lawa nasi tu.

TAAARAAA. SIAP!




"SpongeBob mana duit sayaaa"


Toreh - toreh sikit badan sotong tu, cepat masak dan x kecut sangat




SHARE

About armidila

0 comments :

Post a Comment